Aku tak pernah ade impian nak pegi lebih
jauh lagi dalam pelajaran aku, sumpah! Aku tak pernah ade idea nak belajar
dekat obersea langsung.
Aku memang ada sorang kawan yang die punya ‘amat penting’adalah
macam da amik degree, pastu amik master pulak pastu amik PhD, pastu jadi
lecturer yg ade title Dr.
Untuk kawan aku ni, aku memang rasa kagum la dengan
plan ‘amat penting’ die tu. Plan ‘amat penting’ aku yang seterusnya selepas
dapat keje, sebenarnya kawen.
Ye la, baru la happy ending kan pastu dapat baby
dan live happily ever after camtu.
Impian aku ni boleh dikategorikan dalam
typical mindset seorang gadis.
Macam time kecik-kecik, gadis kecil sudah
dimomokkan dengan cerita typical sinderella, ade dapat putera kacak and we live
happily ever after.
Tang ‘live happily ever after’ tu la ending yang sangat diidamkan
oleh seorang typical girl macam aku ni.
Ok jangan berangan jauh sangat!! Frasa
happily ever after tu da jadi kabur-kabur dari pandangan mata aku sekarang. Pi
mai keja balik keja, da masuk setengah abad umur aku, boypren takda tanda-tanda
nak masuk meminang.
Dan aku masih kat decoder Astro, decoder je da tukar dari
normal ke beyond dari beyond ke iptv, aku kat situ la jugak.
Bosan.
So ape
kaitan cite aku dengan tajuk ni? Siapa Asiah? Ok ni aku nak masuk ni, sabaq na.
Tadi tu introducer je, ok fine! Mind my English, maksud aku intro je. Panjang
kan? Haha.
Berbalik kepada cerita Asiah ni, tadi kat atas aku ade cerita aku
ajar kawan aku ni sampai tengah malam kan? Haa kawan aku tu, Asiah ni la. Die
ni coursemate a.k.a neighbourmate aku time dekat Matric UIA.
Time dalam kelas, nota die paling cun. Tulisan
comey-comey berbunga-bunga nye nota.
Tulisan aku buruk. Ini betul.
Tapi time nak
exam, die suh aku ajar die dari bab 1 sampai la habis bab dalam masa satu
malam! Kalo ada 20 bab semuanya, 20 bab la aku ajar sampai malam.
Okay tu lapan
tahun lalu punye cerita la. So Asiah ni la permulaan kepada macam mana aku
boleh sampai UK.
‘Nini! Jom kita sambung Master kat UK!!
Mara tengah bukak ni!’ Wassap dari Asiah masuk.
Aku baca je dah terus taip emel
keja aku tertaip Master, UK application sebab dok masuk zon Lala Land (zon
berangan) dah.
Tak focus beb. Dalam pemikiran aku da macam dalam cite katun
‘inside out’.
Scene Inside Out aku!
Si Gembira: Wah!! Pergi UK?? OMG, ni
mungkin Allah bagi idea ni, jalan keluar kepada satu pengalaman dan
pengembaraan baru untuk Nini.
Kita akan belajar dekat UK, boleh belajar
speaking London, boleh berjalan, dan paling penting it is a setting track untuk
Nini kembali ke pangkal jalan!! Nini boleh dapatkan keja akauntan yang die
idamkan sangat!!!
Si Skeptical: UK!! UK tu sangat jauhhh,
jauh dengan ibu. Nini mana pernah pergi jauh macam tu, ibu takkan bagi kot.
Ingat senang ke nak mintak MARA, bukan dorang terima pointer 3.5 je ke.
Si Penakut: Takut lah tempat jauh, UK dah la
sejuk nanti sakit ape bagai ibu takde kat situ. UK nanti kalau jalan
sorang-sorang ada orang rogol macam dalam FB timeline aritu. Takutlahhhh
takutlahhh.
(Si Penakut berlari terpusing-pusing, dan Si Pemarah menampar pipi Si
Penakut)
Si Pemarah: Boleh jangan over tak!! Bukan
dapat pon lagi, tak mintak ape pon lagi!! Kecoh r!!!
Si Penyedih: Pointer Nini tak sampai pon
3.5, sedihnya tak dapat pergi UK, harapan musnah!! Pelamin anganku musnah!!
Huuuuuuuuuuuuuuu….
Si Gembira: Jangan bimbang semua. Kita
tarik nafas… Turun nafas. Calm down.
Bak kata omputih, nothing to lose if we
give a try kan, so kita cuba dulu mana tau rezeki Allah nak bagi.
[Si Gembira
memandang keluar jendela tinjau dengan penuh mengharap]
Ok mesti korang dah faham kan,
point aku
kat sini, kalau tak kerana Asiah yang bagi aku idea untuk apply Master ni,
mungkin UK akan jadi satu negara idaman dalam mimpi aku je untuk aku lawati.
Haha (teruk sangat tu)
Setelah lulus dalam peperiksaan ergonometric dan IELTS, aku berjaya
mendapatkan tawaran Master dari beberapa universiti di UK.
Antaranya adalah
Sheffield Hallam University, Glasgow Caledonian University dan Manchester
Metropolitan University.
Dan memula sekali Glasgow Caledonian University ni
adalah pilihan utama aku dan Asiah, sebabnya university menawarkan jurusan
Petroleum Accounting.
Kami fikir belajar untuk peluang kerjaya mungkin lebih
bagus, nanti boleh apply kerja di syarikat oil & gas gitu.
Dan pada ketika
itu, ada seorang penasihat pelajar yang aku namakan dia Mr. Middleman la, Mr.
Middleman ni kata its better untuk pergi Glasgow sebab orang Malaysia tidak
ramai di sana, peluang aku untuk lebih menyesuaikan diri sekaligus memantopkan
speaking London aku ni lebih secerah matahari di sana.
Tak macam di Manchester,
yang kononnya sudah jadi seperti perkampungan Melayu lalu menjadikan pelajar melayu cenderung
berbahasa melayu dan berkawan sesama sendiri dari bergaul dengan masyarakat
omputih.
Haa itulah antara point yang dibahaskan oleh Mr. Middleman ni tadi.
Namun, akhirnya aku buat keputusan untuk
menerima tawaran Manchester Metropolitan University atas sebab faktor-faktor
berikut:-
1. Leya belajar di University of
Manchester (UOM)- Leya ni RC gang merangkap BFF aku yang sedang melanjutkan PhD
tahun ketiga dalam PhD Accounting. Leya kata, “Nini kau takyah susah-susah nak
pegi Glasgow, ko dok ngan aku je da kira cuci kaki je kat sini semua ada.”
2. Ibu aku yang sebenarnya agak
keberatan nak melepaskan anak kesayangan die ni berdrama dengan cakap kalo ko duduk
ngan leya baru ibu benarkan ko sambung belajar.
3. Asiah tak dapat Mara so
meninggalkan aku seorang la di sana, which is aku agak takut la jugak
sengsorang.
So yeah, thanks to Asiah. Manchester aku
datang!!
to be continued..
P/S: I'm trying to write a book somewhere.. Do tell me what u think about it.
(komen membina pls, saya tak kuat. haha)
No comments :
Post a Comment