Wednesday, 15 March 2017

[CHAPTER 2] When the moon hid the sun appear.

Do you like this story?

02 KEEP CALM AND LET’S FLY


Tarikh ini dalam sejarah, aku fly arini wehh! 19 September 2013 by Etihad Airlines. 

Perasaan gembira, nervous, takut, berharap, risau , sedih, blur, pergh semua ada beb. 

Perasaan yang aku takkan dapat lupakan kot sepanjang hidup aku, ini baru time aku dalam kereta nak ke airport ni. 

Tak sampai KLIA lagi. My mom was like keep holding my hand sepanjang tu, apa lah yang ibu fikirkan sekarang ni, sedih sebab setahun tak dapat jumpa aku la kot. 

Ala setahun je pun, orang kata pejam celik pejam celik tengok-tengok da kat Kuala Lumpur balik. ‘Rilek’ sudah. 

Aku memang cuba tenangkan je diri sedaya mungkin, walaupon sebenarnya perut aku da bergelodak macam laut tengah menggila. Dan apa-apa pun, please I will not cry.

Sampai-sampai je kat airport, busy weh. 

Risau 100% takut tertinggal flight nanti tak dapat gi UK, nervous dia sampai, barang-barang kat luggage aku keluarkan balik, boleh pulak kau nk decide sekarang ni mungkin aku tak boleh bawak dua paket MILO, aku kena bawak satu je. 

Dan time tu boleh pula aku terpikir yang mungkin aku terlampau banyak bawa belacan. 

Jadinya, kat airport aku busy timbang 10 kali luggage sebelum di’wrap’kan dengan plastik, busy berkira-kira nak bawak itu ini ke tak. 

Yes, mestilah aku da check in masa tu, the first thing to do kan, daa.

I mean I was lucky la sebab ada Leya yang da instruct kat aku apa nak bawa dan apa yang tak perlu kau bawa. 

Leya banyak suruh aku bawak makanan, cili kering, ikan bilis, nasi impit, maggi dan yang mana-mana dia kata takda kat sana. 

Dan dia keep saying that “Nini, kau takyah bawak baju sangat, just bawak utk lima hari pertama sahaja, I repeat jangan bawa baju banyak!”. 

Aku bawa dua luggage, satu memang hanya makanan je dalam tu, lagi satu aku letak BAJU-BAJU. 

Rebel kan? Haha. 

Aku cam pikir takkan nak bawa baju untuk lima hari je, I mean aku datang UK bukan nak shopping baju, aku nak belajar dan travel, gitu. 

And, that was stupid, nanti aku akan ceritakan kenapa aku menyesal tak ikut cakap Leya tentang hal tu.

Nini! Ya Allah time-time ni la kan, kau nak keluarkan ape dalam luggage ko.

Seorang rakan karib aka geng RC aku menyapa aku dari kiri, Saleha dengan hero kecil yang comel, Dhany. 

Sal datang bersama geng RC yang lain, Dina, Asiah, Amy, Salmi, Maya, Nad. RC or Rockchiks seperti yang digelarkan, besties aku masa sama-sama belajar di UIA, dan dah over 5 years dah aku berkawan dengan diorang ni. 

Dah macam Big Sisters gitu. Haha. 

Yang mana dah kahwin dengan husband-husband diorang sekali datang menghantar. Chewah! macam menghantar rombongan pulak. 

Wah! Thank you datangg.” Aku cepat-cepat bangun dan peluk sorang-sorang. 

Happynye bila rasa perasaan orang hantar ke airport ni. 

Dulu Leya, and sekarang it was me. Hihi

Nini, nervous tak? Bestnya dah nak gi UK, ko jangan buat malu RC tau kat sana, haha.” Kata Nad mengingat. Aku cuma tersengih.

Amboi Nini, belum gi UK lagi da pakai baju sejuk.”Sapa Azmi dari belakangku. 

Azmi dan Joe baru sahaja sampai, tak sangka mereka pon datang menghantar. FYA, Azmi dan Joe adalah antara senior UIA yang rapat dengan aku.

Woww, Azmi datang? Joe pon? Thank youuu.” Aku seriously memang tak sangka sampai Joe ngan Azmi nak datang, terharu la jugak hihi. 

Eleh Nini blushing, nyampah aku. Hahaha” Usik Asiah. 

Memang macam tu la kalo part Azmi je sesi membahan bermula. I am kind of adore him sebab he is cute in his own way camtu. And they’re all know.

Nah Nini, ni hadiah dari kitorang, tapi takde la kad besar macam Leya aritu, sebab Leya da bagitau kitorang yang nanti kau susah nak bawa.” Kata Sal sambil menghulurkan paperbag kepada aku. 

Hehe Aku sebenarnya dah tahu dah hadiah apa sebab aku sendiri dah bagitau Nad apa yang aku nak.

LOL

It is RC tradition kan untuk bagi senaskhah Tafsir Al-Quran kalau kitorang pegi belajar oversea. 

Leya dapat Al-Quran rainbow, same as me. Cuma I get to choose which one I want je.

Aku ingatkan takde tadi, hihi so aku da bawak backup Al-Quran lain da.” Kataku sambil keluarkan Al-Quran dalam handbag, dan aku mintak ibu simpankan. 

Tu Al-Quran time belajar kat UIA, sekarang kena pakai Al-Quran rainbow baru, Al-Quran UK lak. Ahaks!

Ramai jugak kawan-kawan yang datang hantar kat KLIA tu, geng sekolah ain, ainul, dayah pun ada. Thank you semua sebab sudi datang. 

Sesi bergambar memakan masa dalam 30 minit ada la kot, dan tiba-tiba aku ternampak kakak saudara aku dekat KLIA, rupanya dia juga akan menaiki flight yang sama dengan aku sampai ke Abu Dhabi, cuma selepas itu dia akan ke Paris dan aku akan tukar flight ke Manchester. 

Ya Allah! leganya la bila dapat tahu yang sekurang-kurangnya aku ada family dalam 9 jam flight nanti. Ibu pon lega.

So the drama scene begin, aku bakal melangkah masuk ke dalam ruang departure, dan ini akan jadi setahun kemudian baru dapat tengok muka ibu, abah, adik, dan kawan-kawan yang sayang aku ni. 

Aku dah cuba sedaya upaya untuk taknak menangis (tak nak la konon jadi cliché) tetapi perasaan terharu campur sedih tu melampau-lampau pulak time aku peluk ibu. So ternangis la jugak. 

Bila tengok ibu dengan family masih lagi berusaha follow aku dari ruang tinjau sampai akhirnya aku toleh memang tak nampak diorang sume dah, it was indeed sangat sebak. 

Dan aku dalam hati dok ulang ayat, oo camni la yang Leya rasa. He he he

Take care ibu. Jumpa tahun depan ya. 

Aku cakap dalam hati sambil memandang Kuala Lumpur yang dah semakin mengecil di sebalik langit biru. 

Sekarang masa untuk fikir how do I make the most of my year kat Manchester nanti. 

Bagaimana rupa Manchester tu eh. How will it feel to get to go travel? Wahhh..

Eh No! I mean aku kan nak gi belajar. Emm.. 

Bagaimana nak daftar University nanti? Boleh ke aku faham slang orang kat sana? Susah tak Master? Boleh ke eh aku belajar Master ni? Pastu  nanti aku dapat tak kawan ngan mat saleh? Aku takde la pandai speaking sangat camne? Betul ke eh ada geng yang tarik kita gi usrah kat airport nanti? 

Ok, aku pilih usrah confirm. And the lists are going on and on. Tarik nafas dalam-dalam. Mengantuk 
la pula.

********

Eh! Itu bukan Neelofa ke?

to be continued..

No comments :

Post a Comment